PH Perak Tumbang

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Harapan (PH).

Pengambilalihan itu dibuat selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan tindakan keluar daripada PH.

Empat ADUN daripada BERSATU kini membentuk gabungan bersama 25 wakil daripada UMNO dan tiga wakil PAS.

Ahmad Faizal berkata, PN kini menguasai 32 kerusi dalam DUN Perak, sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan yang baharu.

Ahmad Faizal turut mengumumkan beliau masih Menteri Besar Perak setakat ini.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO, PAS, Bersatu akan mencadangkan beberapa nama sebagai Menteri Besar Perak kepada Sultan Nazrin.

Berita lanjut menyusul. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373