PKR belum putuskan keanggotaan Salleh – Dr Wan Azizah

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM- PKR masih mempertimbang permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menganggotai parti itu.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata permohonan berkenaan perlu melalui proses saringan dan pertimbangan parti.

“Permohonan beliau masih dalam pertimbangan parti, kita akan putuskan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Smart Technology For Smart City Summit 2019’ di sini, hari ini.

Pada 5 Oktober lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataannya mengesahkan telah menerima permohonan keahlian Salleh secara dalam talian.

Bagaimanapun katanya, Biro Politik PKR akan mempertimbangkan permohonan itu pada mesyuarat akan datang.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373