PM menerima keputusan Tiong untuk menolak jawatan timbalan menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING, 11 Mac 2020 (The Capital Post) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima keputusan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing untuk menolak jawatan Timbalan Menteri , di Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya di Putrajaya hari ini bahawa Datuk Seri Tiong, yang merupakan presiden Parti Demokrat Progresif, memaklumkan kepadanya mengenai keputusan beliau.

“Dia telah menyatakan bahawa dia tidak sanggup menerima (jawatan), itu baik-baik saja, ia adalah pilihan beliau, walaupun ianya telah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong.

“Sudah tentu saya perlu mencari orang lain yang akan dicalonkan kepada Tuanku untuk mengisi jawatan itu di Kementerian Perpaduan Negara.

“Sementara itu, YB Tiong menyatakan bahawa beliau masih mahu berkhidmat kepada negara dalam kapasiti yang berbeza. Saya akan berjumpa dengannya esok (12 Mac) dan kami akan membincangkannya, “kata Muhyiddin.

Menurut akhbar The Borneo Post Setiausaha Agung PDP Datuk Nelson Balang memaklumkan bahawa majlis tertinggi parti itu memutuskan dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur pada hari Isnin bahawa presiden mereka harus menolak jawatan itu kerana ia tidak sepadan sebagai presiden parti.

“Datuk Seri Tiong merupakan sorang Ahli Politik yang berpengalaman dari segi kedudukannya dalam parti itu dan juga pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen,” kata Balang. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373