Polis tutup 8 jalan, tambah 3 sekatan di Kajang

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Polis daerah Kajang akan menutup 8 jalan di beberapa lokasi dan menambah sekatan jalan raya (SJR) bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata penutupan jalan itu membabitkan laluan ke Pekan Kajang untuk mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan fasa dua bagi membendung penularan Covid-19.

“Laluan itu membabitkan Jalan Sungai Chua-Susur Terowong KTM, Jalan Reko-MRT, Jalan Cheras-Jalan Timur (depan Masjid Jamek Kajang), Jalan Semenyih-Jalan Low Ti Kok, susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian dan penutupan Jalan TTDI Grove 1/1.

“Laluan lain yang ditutup adalah Persiaran Saujana Impian-Jalan Melor 1, Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris dan dari arah Persiaran Saujana Impian serta sempadan Bandar Seri Putra- Nilai 3,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya Grand Saga melalui Jalan Cheras ke Kajang, dari arah Sungai Chua melalui Lebuhraya Silk ke Lebuhraya Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.

Katanya, laluan alternatif lain dari Jalan Reko melalui Lebuhraya Silk, Jalan Bukit ke Pekan Kajang, Jalan Low Ti Kok, Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning, Cempaka Putih, Pekan Kajang dan laluan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Mahkamah Kajang, MPKJ dan Kajang Plaza Medical Centre melalui Jalan Timur serta Cempaka Kuning.

Sementara itu, Dzaffir berkata, setakat ini 7 sekatan jalan diadakan di Kajang, iaitu di Lebuhraya Grand Saga (hala ke Kuala Lumpur), Plaza Tol Kajang, Plaza Tol Bangi, Plaza Tol Bandar Sri Putra, Plaza Tol Kajang Selatan (Lekas), Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat dan SJR Batu 24 Sungai Lui di Hulu Langat.

Beliau berkata, pihaknya akan menambah 3 lagi sekatan jalan di 3 lokasi, iaitu KM1 Lebuhraya Besraya (hala ke UPM), Sungai Ramal Dalam (hala ke Putrajaya) dan Jalan Cheras Batu 14 (depan KPJ Kajang–hala ke Kajang) bermula tengah malam 8 April.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373