PRK Tanjung Piai ; Pertandingan Enam Penjuru

Estimate Reading Time: < 1 minute

Pontian, 2 November 2019 (The Capital Post) – Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dijangka menjadi pertarungan enam penjuru setelah tamat waktu penaamaan calon sebentar tadi.

Calon Pakatan Harapan yang diturunkan untuk mempertahankan kerusi bekas Pakatan Harapan ialah Ketua Bahagian Parti Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini akan beradu dengan bekas Ahli parlimen Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional.

Sementara itu, Gerakan telah menurunkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam, manakala Presiden Berjasa Badhrulhisham Abdul Aziz juga telah menyerahkan borang pencalonannya.

Dua calon bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar, telah menyerahkan borang pencalonan mereka, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6 calon yang akan bertanding di Parlimen Tanjung Piai.

Calon Gerakan Wendy mendapat No Lot Pertama diikuti oleh Barisan Nasional Wee, ketiga diikuti oleh Ang, keempat Calon Bersatu Karmaine, kelima Badhrulhisham, dan akhirnya keenam Faridah. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373