Public Mutual umum agihan RM92 juta lapan dana

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM92 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023.

Public Mutual dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pengagihan kasar yang diumumkan termasuk PB Fixed Income Fund pada 3.5 sen seunit, PB Islamic Bond Fund (3.0 sen), PB Infrastructure Bond Fund (2.75 sen), PB Singapore Advantage-30 Equity Fund (1.0 sen) dan PB Balanced Fund (0.62 sen).

Dana lain yang turut diumumkan ialah Public Islamic Asean Growth Fund (1.0 sen), Public Institutional Bond Fund (0.60 sen) dan Public Islamic Savings Fund (0.10 sen).

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 170 dana di bawah pengurusannya.

-BERNAMA

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373