RASMI : Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 2 Januari 2020 (The Capital Post) – YB Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan perletakan beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir atas nasihat beliau selepas pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri tengahari tadi.

YB Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan Kementerian pertama yang mengumumkan laporan 100 hari selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan. “Malah KPM merupakan kementerian pertama yang menerbitkan kad laporan KPM tahunan kerana KPM mementingkan “transparency” kata Maszlee Malik.

YB Maszlee Malik mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai – pegawai Kementerian Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Tinggi yang telah membantu beliau sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas PRU 14. Maszlee turut mengucapkan kepada National Union of the Teaching Profession (NUTP) dan NGO – NGO pendidik yang telah menyokong beliau.

Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah bekas Menteri Pendidikan Malaysia tersebut telah berdepan dengan pelbagai kontroversi seperti penguatkuasaan kasut hitam kepada pelajar sekolah, Perlaksanaan Pendidikan Jawi di Sekolah Vernakular, isu Pemansuhan Sekolah Vernakular dan yang terbaru isu soalan Peperiksaan kontroversi di Universiti Malaysia Perlis.

Tun Dr Mahathir dijangka akan mengumumkan rombakan kabinet dalam masa terdekat dan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri akan digugurkan berikutan prestasi mereka tidak memuaskan – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373