Real sedia jual bintang

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Real Madrid dilaporkan akan berdiam diri dalam pembelian pemain sebaliknya kelab itu dikatakan akan membuat penjualan pemain bernilai kira-kira £200 juta pound (RM1.068 bilion).

Marca mendakwa Los Blancos kini merasai kesan kewangan akibat COVID-19 ketika mereka cuba mengetepikan Barcelona daripada gelaran La Liga.

Sama seperti di England, peminat bola sepak di Sepanyol juga tidak dibenarkan menonton secara langsung perlawanan di stadium dan ini menyebabkan Real menerima kesan yang teruk.

Kerana itu Zinedine Zidane tidak akan membuat sebarang pembelian musim panas ini walaupun dikaitkan dengan bintang PSG, Kylian Mbappe, sebaliknya akan mengurangkan skuad utama yang terdiri daripada hampir 40 pemain.

Difahamkan Real mahu mengumpul £190 juta pound (RM1.015 bilion) daripada jualan pemain bagi menyeimbangkan kewangan kelab dan beberapa nama besar mungkin ditunjukkan jalan keluar.

Real sudah menerima £40 juta pound (RM213 juta) daripada perpindahan Achraf Hakimi ke Inter Milan selepas dipinjamkan ke Borussia Dortmund.

James Rodriguez juga dipercayai akan dijual dengan harga hanya £22 juta pound (RM117.57 juta) dengan Manchester United dan Arsenal dikatakan berminat.

Dan Gareth Bale juga dikatakan akan keluar selepas sekali lagi bertelagah dengan Zidane manakala Marcelo, Mariano dan Lucas Vazquez juga melihat masa depan yang sukar di kelab berkenaan. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373