Ribuan hadir solidariti kepada 12 Tahanan SOSMA LTTE

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 18 Jan 2020 (The Capital Post) – Ribuan hadir ke Ibupejabat Polis Dang Wangi untuk menunjukkan solidariti mereka kepada 12 orang termasuk 2 Ahli Dewan Undang Negeri yang ditahan dibawah akta SOSMA.

Bertemakan “Sympathisers Are Not Terrorists” bermaksud Orang yang bersimpati bukannya pengganas menegaskan bahawa 12 tahanan tersebut merupakan indiviti yang bersimpati akan keadaan masyarkat india di Sri Lanka dan bukannya Pengganas LTTE seperti mana yang didakwa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peserta Perhimpunan aman ini mahu ke semua tahanan SOSMA dibebaskan secepat mungkin kerana dakwaan mereka yang menyatakan terlibat dalam LTTE tidak benar kerana kumpulan LTTE yang dimaksudkan sudah bubar pada 2009 dan sudah tidak beroperasi lagi. Perhimpunan aman ini turut disertai lebih 700 ahli MIC yang memakai baju putih hadir turut sama dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap akta SOSMA.

Datuk Seri M. Saravanan Timbalan Presiden MIC yang memimpin penglibatan ahli MIC dalam perhimpunan aman ini berkata “MIC hadir sama dalam perhimpunan awam ini kerana mahu menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan bahawa masyarakat india akan bersatu sekiranya ada masalah melibatkan masyarakat india”. Beliau juga menggesa agar kesemua tahanan SOSMA ini dibebaskan segera.

Datuk T.Mohan, Naib Presiden MIC yang turut hadir berkata, Kerajaan Malaysia dan Pihak PDRM harus bertimbang rasa dalam isu ini kerana LTTE tiada kaitan dengan Malaysia dan tidak pernah menjadi ancaman kepada Malaysia. Malah LTTE merupakan kumpulan pejuang bagi masyarakat Tamil di Sri Lanka kerana mereka ditindas dan dibunuh oleh kerajaan Sri Lanka.

Beliau berkata “MIC akan terus membela nasib 12 tahanan ini, walaupun mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti DAP dan Ahli Parti DAP dan PKR kerana MIC lebih mementingkan nasib keluarga mereka yang rindu akan ahli keluarga mereka. Ahli MIC yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Bahagian, Pusat dan Sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC hadir secara kolektif menyokong penuh dalam perhimpunan awam ini.

Kesemua kes 12 tahan SOSMA tersebut masih dalam peringkat pendakwaan di Mahkamah – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373