Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, mengambil manfaat daripada kelemahan berterusan nilai mata wang Amerika Syarikat.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus disokong dengan baik apabila Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.43 peratus kepada 103.472 mata.

Pada 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.6445/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 pada penutup Isnin.

Mohd Afzanizam berkata lelongan untuk tiga bulan dan enam bulan Perbendaharaan AS memperlihatkan hasil yang lebih rendah, masing-masing kepada 5.27 peratus dan 5.23 peratus.

“Justeru, mata wang tempatan dijangka diniagakan lebih hampir kepada paras sokongan semertanya iaitu pada paras RM4.6611 berbanding dolar AS,” katanya.

Pada 9.21 pagi, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan lebih tinggi berbanding euro kepada 5.0843/0904 daripada 5.0999/1053 pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8107/8176 daripada 5.8314/8377 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1380/1409 daripada 3.1456/1491.

Ringgit juga tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.2 daripada 302.0/302.5 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4733/4777 daripada 3.4817/4857.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding baht Thai kepada 13.2450/2679 daripada 13.2784/2987 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.41.

– Bernama

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373