Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas dolar AS kembali rendah, apabila harapan terhadap penurunan kadar faedah mulai tahun depan muncul, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6570/6605 berbanding dolar AS daripada 4.6760/6805 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kenaikan indeks ekuiti utama di peringkat global menunjukkan wujudnya minat risiko apabila jangkaan terhadap penurunan Kadar Dana Rizab Persekutuan AS tahun depan memperoleh momentum.

“Ini berlaku walaupun pegawai Fed memberikan petunjuk bercampur-campur, di samping statistik perumahan mula dibina yang lebih baik berbanding jangkaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata pelabur mungkin memberi perhatian kepada data Keyakinan Pengguna AS bagi Disember yang akan dikeluarkan.

“Petunjuk ini mengukur trend penggunaan isi rumah dan ia penting untuk memahami cara inflasi yang mungkin meningkat pada beberapa bulan akan datang.

“Sekiranya inflasi meningkat, ia mungkin memaksa Rizab Persekutuan (Fed) AS mengambil pendirian kadar faedah yang lebih tinggi dan itu boleh menggalakkan pengukuhan dolar dalam jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9256/9300 daripada 5.9376/9433 ketika ditutup pada Selasa, dan stabil berbanding euro kepada 5.1106/1144 daripada 5.1146/1195.

Namun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2388/2416 daripada 3.2358/2393 semalam.

Mata wang tempatan didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang negara ASEAN.

Ringgit tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.33/8.35 daripada 8.35/8.37 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.3/300.6 daripada 301.5/301.9.

Unit domestik stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.5044/5076 daripada 3.5089/5128 semalam dan kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.3400/3581 daripada 13.3604/3805.

-BERNAMA
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373