RM1 juta dana AET untuk B40

Estimate Reading Time: < 1 minute

SIPITANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk pelbagai aktiviti ekonomi khusus kepada golongan B40 di Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, peruntukan tersebut disalurkan untuk melaksanakan program yang dapat membantu golongan berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus keluar daripada kemiskinan.

Menurutnya, ketika ini dana berjumlah RM1 juta disediakan untuk usahawan kecil termasuk pengusaha madu kelulut.

“Setakat ini, seramai 87 pengusaha di Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM870,000 daripada RM1 juta dana yang disediakan,” katanya ketika melawat Program AET Ternakan Lebah Kelulut di Kampung Lubuk Darat di sini semalam.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena lawatan kerjaya Henry di Sabah. Turut hadir, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafiz.

Dalam pada itu, Henry berkata, kerajaan sememangnya berhasrat memberikan fokus kepada program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40.

“Kita mahu pemuda kita keluar daripada kemiskinan dan memang itu hasrat kerajaan untuk golongan ini menambah pendapatan.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin juga amat diperlukan untuk kita menjadi lebih maju,” katanya.

Henry berkata lagi, KPLB juga sedang berusaha memperkasakan daerah Sipitang melalui pelaksanaan program Desa Lestari.

-Sinar Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373