RM123,646 lesap dalam 26 kes Macau Scam di Gua Musang sejak awal tahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

GUA MUSANG, 29 Mac — Sebanyak 26 laporan berkaitan kes macau scam melibatkan kerugian RM123,646 telah diterima pihak polis daerah Gua Musang, bagi tempoh Januari hingga setakat ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata ini angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 21 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, yang melibatkan jumlah kerugian lebih besar, menjangkau RM385,251.

“Dalam tempoh 2020, pihak polis telah menerima sebanyak 89 laporan berkaitan macau scam dengan jumlah kerugian RM1.3 juta dan melihat kepada keadaan itu, kemungkinan tahun ini juga jumlahnya meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang yang baharu DSP Azmi Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sik menyeru masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan panggilan daripada kumpulan sindiket berkenaan yang sentiasa menggunakan pelbagai nama agensi kerajaan dalam kegiatan penipuan mereka. BERNAMA

 

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373