Ronaldo kemudi Al-Nassr ke final Piala Raja Saudi

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Cristiano Ronaldo membuktikan dia bukannya terlalu mementingkan diri sendiri seperti yang dipercayai ramai apabila dia membenarkan Sadio Mane mengambil sepakan penalti pada pertembungan Al-Nassr dengan Al-Khaleej awal pagi tadi.

Ronaldo, yang kembali daripada penggantungan perlawanan pada aksi pertama selepas dibuang padang menentang Al-Hilal bulan lalu, sebelumnya menjaringkan satu gol pembukaan mengagumkan apabila pasukannya dihadiahkan sepakan penalti pada hujung babak pertama.

Bintang Portugal itu adalah pengambil sepakan penalti Al-Nassr tetapi dia sebaliknya memberikan tanggungjawab itu kepada rakan sepasukannya dalam usaha mengukuhkan keyakinannya.

Ronaldo dilihat memberikan galakan kepada Mane ketika bekas bintang Liverpool itu mahu melakukan sepakan dan akhirnya membenam gol kedua pasukannya.
Ronaldo bermula sempurna sekembalinya beraksi apabila dia menggunakan kesempatan susulan kesilapan penjaga gol lawan untuk merembat masuk dari luar kotak penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-17.

Pemain berusia 39 tahun itu kemudian meraih gol keduanya dari jarak dekat pada minit ke-57 ketika dia mengemudi Al-Nassr ke final Piala Raja Saudi dengan mengatasi Al-Khaleej 3-1 di gelanggang sendiri.

Dua jaringan itu membolehkan Ronaldo mengumpul 38 gol dalam semua pertandingan musim ini ketika dia mempamerkan ketajaman penyudah menjelang Euro 2024 pada musim panas ini.

Portugal, di bawah kendalian Roberto Martinez, salah satu pasukan pilihan untuk menjulang trofi di Jerman.

Bagaimanapun banyak perdebatan di Portugal sama ada Ronaldo patut menjadi sebahagian daripada anggota skuad pada usianya.
-AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373