Semakan keputusan SPM 2020 secara atas talian esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA- Seramai 401,105 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh menyemak keputusan mereka pada pukul 10 pagi esok menerusi semakan secara atas talian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, semakan keputusan peperiksaan nasional itu dibuat secara atas talian dan calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Calon akan menerima keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada SMS 68886 yang akan memaklumkan ringkasan keputusan itu dengan hanya memberikan gred diperoleh mereka.

“Selain itu, calon boleh membuat semakan menerusi pautan myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my,” katanya di sini tadi.

Jelas kenyataan itu, slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my.

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, guru kelas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menyenaraikan nama mereka sebelum hari keputusan.

“Seterusnya, guru kelas, JPN dan PPD akan memaklumkan keputusan SPM kepada mereka,” katanya. -KOSMO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373