Serangan Israel bunuh penduduk berlindung di pekarangan gereja Gaza – Hamas

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEMENANJUNG GAZA: Sejumlah penduduk yang hilang tempat tinggal terbunuh, manakala sebilangan lagi cedera akibat serangan Israel, lewat malam tadi, ketika mereka berlindung di pekarangan sebuah gereja di Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Dalam Negeri bawah pentadbiran Hamas, ramai yang terkorban dan mengalami kecederaan di pekarangan Gereja Greek Orthodox Saint Porphyrius dalam serangan itu.

Menurut saksi, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan, dan bedilan itu turut merosakkan sebahagian gereja terbabit, selain menyebabkan sebuah bangunan di sebelahnya runtuh.

Saint Porphyrius adalah gereja tertua masih beroperasi di Gaza dan terletak di kawasan kejiranan bersejarah dalam bandar itu.

Susulan itu, pihak Orthodox Patriarchate of Jerusalem dalam satu kenyataan, mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

“Menyasarkan gereja dan institusinya, serta perlindungan yang disediakan kepada rakyat tidak bersalah, terutama kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel ke atas kawasan kediaman sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan,” menurut kenyataan itu.

Gereja berkenaan terletak tidak jauh dari Hospital Al-Ahli Arab yang turut diserang sehingga meragut sekurang-kurang 471 nyawa pada Selasa lalu, menurut pihak berkuasa Hamas.

Ketika dihubungi AFP, pihak tentera Israel memaklumkan sedang memeriksa perihal serangan ke atas pekarangan gereja yang dilaporkan itu.

Serangan bertalu-talu dilancarkan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dalam konflik terbaru ketika ini sudah mengorbankan sekurang-kurang 3,785 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah orang awam, menurut Kementerian Kesihatan bawah pentadbiran Hamas.
– AFP
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373