Shahidan wakili PN pertahan Arau

Estimate Reading Time: < 1 minute

ARAU, 3 Nov 2022 (The Capital Post): Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Arau yang digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU-15 berkata keputusan itu dibuat kerana melihat PN boleh menjadi platform yang mampu menyatukan UMNO, PAS dan BERSATU.

“Saya akan bertanding atas satu parti yang berasaskan UMNO, PAS dan BERSATU yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara walaupun UMNO pun memperjuangkan agama, bangsa dan negara namun ia kini dipimpin oleh seorang yang mengkhianati keputusan bahagian terutama di Arau.

“Jadi kalau perkiraan ini diambil untuk menjadi pemimpin, saya kira tak layaklah kerana saya sudah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak lima kali dan kami tidak pernah ganggu bahagian masing-masing.

“Tetapi calon (UMNO/BN) yang bertanding kali ini sangat menyedihkan apabila tiada satu senarai calon yang dikemukakan oleh bahagian dipilih,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian kepada pemberita di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah, di sini hari ini.

Pengumuman rasmi calon PN yang akan bertanding di Parlimen Arau akan dilakukan di Kompleks PAS Perlis, Kangar malam ini.

-BH

(The Capital Post)

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373