Sime Darby Property catat rugi bersih RM355.26 juta pada suku ketiga

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Sime Darby Property Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM355.26 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM25.24 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Perolehan bagi suku tahun itu susut kepada RM592.63 juta daripada RM850.03 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pandemik COVID-19, yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pelbagai fasa, memberi impak yang ketara kepada keputusan kumpulan dalam tempoh semasa.

Syarikat itu berkata walaupun prestasi segmen hartanahnya terjejas oleh pandemik, segmen itu mencatatkan perolehan sebanyak RM1.25 bilion dalam tempoh semasa.

“Bagaimanapun, segmen itu mencatatkan kerugian sebanyak RM414.2 juta berbanding keuntungan sebanyak RM313.5 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Ini berikutan bahagian kerugian susut nilai kumpulan daripada Battersea Group berjumlah RM337.1 juta,” katanya.

Bagi pelaburan dan pengurusan asetnya, kumpulan itu berkata segmen tersebut menyaksikan perolehan yang berkurangan kepada RM48.5 juta daripada RM53.9 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Katanya kerugian sebanyak RM9.1 juta dicatatkan dalam tempoh semasa yang lebih tinggi daripada tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Kerugian itu berikutan perbelanjaan pra-pembukaan yang tinggi ditanggung berhubung KL East Mall sejajar dengan aktiviti yang meningkat berikutan kumpulan ke arah tarikh pembukaan yang disasarkan.

“Selain itu, pendapatan sewa rendah berikutan kadar penghunian dan pendapatan sampingan yang rendah, selain konsesi sewa yang diberikan oleh kumpulan kepada penyewanya,” katanya.

Dalam segmen riadah, kumpulan itu mencatatkan perolehan sebanyak RM54.8 juta daripada RM69.1 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya, mencatatkan kerugian yang rendah sebanyak RM14.4 juta daripada RM14.9 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan dilihat dalam perolehan golf dan keahlian dalam tempoh berikutnya berikutan sekatan pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan.

“Sumbangan daripada acara dan majlis kekal rendah berikutan pandemik COVID-19 dan penutupan sementara perniagaan susulan PKP,” katanya.

Katanya pandemik dijangka memberi impak jangka pendek dan jangka panjang kepada seluruh pasaran dan kumpulan, serta suku akhir tahun ini dijangka mencabar.

Bagaimanapun, kumpulan terus menikmati kedudukan kewangan yang kukuh, dengan nisbah tahap kadar hutang bersih yang baik sebanyak 0.26 kali, dengan tempahan sebanyak RM1.1 bilion dan jualan belum dijelaskan sebanyak RM1.5 bilion sehingga 30 Sept, 2020.

Kumpulan mengambil pandangan optimis secara berhati-hati mengenai tempoh mencabar di hadapan, katanya.– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373