Sorok dadah dalam reban ayam

Estimate Reading Time: < 1 minute

Butterworth: Penahanan seorang lelaki di kawasan Mak Mandin, di sini, membawa kepada penemuan sejumlah dadah yang disimpannya di dalam reban ayam di Ampang Jajar, dekat sini, Isnin lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi selepas pemeriksaan menemui 53gram (g) dadah dipercayai syabu dan satu gram Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM5,300.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan lanjut membawa polis kepada lokasi suspek menyimpan bekalan dadah iaitu di dalam reban ayam di sebuah kebun tidak jauh dari lokasi dia ditahan.

“Pemeriksaan di dalam reban ayam itu menemui sejumlah 456 g dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM15,960.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM21,320. Kami turut menyita tiga motosikal untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, tetapi ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373