Sultan Johor terima kunjungan hormat menteri, isteri PM Singapura

Estimate Reading Time: 2 minutes

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam dan isteri Perdana Menteri Singapura, Datin Ho Ching, hari ini.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, kunjungan hormat dan lawatan mesra dalam kalangan kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

Turut berangkat menerima kunjungan hormat itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

– FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

– FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Kunjungan hormat ini juga sebagai menghormati lawatan baginda ke republik itu pada 13 Mei lalu atas jemputan peribadi Shanmugam bagi satu majlis santapan tengah hari.

“Baginda sentiasa menekankan Johor dan Singapura memanfaatkan hubungan erat dua pihak untuk mencapai manfaat bersama dalam perniagaan, perdagangan dan industri serta memperkukuh hubungan persahabatan dan pemahaman antara rakyat,” kata hantaran itu.

Terdahulu, ketibaan tetamu kehormat itu di Istana Bukit Serene, di sini, disambut Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor yang meluangkan masa berbual hampir satu jam.

Hadir sama, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Datuk Avinderjit Singh.

– BERNAMA

– BH

– FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

– FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373