Tamrin Ghafar di Bukit Aman beri keterangan isu artikel TMJ

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri, Abdul Ghafar Baba hari ini di Bukit Aman untuk disoal berhubung artikel mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di blognya.

Beliau yang tiba di Bukit Aman bersama peguamnya, Mohd Azharul Ab Taib, pada 11 pagi tadi, selesai memberi keterangan pada 1.40 tengah hari tadi.

“Saya memberi keterangan hampir 3 jam berhubung kenyataan saya tentang TMJ. Semua ada 34 perkara yang ada dalam artikel saya tulis itu.

“Polis soal siasat satu persatu, apa maksud saya, apa tujuan saya tulis itu,” kepadanya kepada pemberita selepas melangkah keluar daripada ibu pejabat polis itu.

Polis memanggil Tamrin untuk diambil keterangan berhubung artikel dengan tajuk berunsur kesat yang dimuat naik pada 1 Feb.

Artikel itu antara lain membidas kenyataan TMJ yang menurutnya ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebaik tiba di Bukit Aman, Tamrin memberitahu pemberita beliau “sudah 4 kali cabar bawalah ke mahkamah” kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya.

Polis mengambil keterangannya berikutan satu laporan polis dibuat orang awam baru-baru ini. Beliau disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Bekas ahli Umno itu menyertai PAS pada 2012 tetapi meninggalkan parti Islam itu selepas perpecahan Pakatan Rakyat. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373