Annuar Musa digugurkan, Ahmad Maslan Setiausaha Agong UMNO Baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2020 (The Capital Post) – Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO hari ini mengumumkan penstrukturan semua parti dengan mengantikan Setiausaha Agong Tan Sri Annuar Musa dengan Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Ketua Pemuda Shahril Suffian bin Hamdan sebagai Ketua Penerangan UNMO dan Mohd Rais bin Yasin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru.

Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Parti UMNO melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan pada petang tadi. Walaubagaimana pun Kenyataan Media tersebut tidak menyatakan sebab utama pengantian dengan pemimpin muka baharu ini.

Dalam Kenyataan Media yang sama, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bahawa UMNO akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana ianya adalah menjadi satu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus dibelenggu krisis politik akibat pembubaran Pakatan Harapan apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan pada 21 Februari.

Presiden UMNO juga berkata bahawa UMNO akan terus menjadi agen semak dan imbang terhadap kerajaan baharu bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar – benar terbela. Tambah beliau UMNO juga akan meneruskan agenda memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan – rakan PAS dan juga memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan – rakan komponen MCA, MIC dan PBRS. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373