[TERKINI] Adun Gadek Keluar DAP?

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA, 13 Mac 2020 (The Capital Post) – Ahli Dewan Undang Negeri Gadek, Negeri Melaka YB G. Saminathan dari Parti DAP dijangka akan meninggalkan Parti tersebut untuk menyertai Parti Perikatan Nasional menurut sumber yang tidak mahu dikenali.

Menurut sumber tersebut, YB Saminathan telah keluar dari semua grup whatsapp Pakatan Harapan dan DAP Negeri Melaka semalam (12 MAC) tanpa sebarang penjelasan diberikan. YB Saminathan dijangka akan menyokong kepimpinan baharu negeri terebut dan dijangka YB Saminathan akan mengekalkan jawatannya sebagai Exco memandangkan tiada wakil rakyat berketurunan India lain di Melaka.

Persoalan timbul apakah YB Saminathan akan kekal sebagai Adun Bebas atau akan menyertai Parti MIC untuk meneruskan khidmatnya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

YB Saminathan ditahan awal kerana didakwa terlibat dalam Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) dan dibebaskan bulan lalu selepas tuduhan telah diturunkan.Pihak The Capital Post masih cuba menghubungi Adun Gadek tersebut namun, tiada sebarang jenis maklumbalas buat sementara waktu. – The Capital Post

Comments (1)
Add Comment
  • Zali

    Sudahnya PN nih ada semburit .. Ada Penganas!!


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373