Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Sebagai PM ke-8

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANA NEGARA, 1 Mac 2020 (The Capital Post) – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 10.30 petang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72, yang diiringi isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, berserta dengan ketua – ketua parti Politik seperti Datuk Seri Zahid Hamidi Presiden UMNO, Datuk Seri Awang Hadi, Presiden PAS,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah  telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Tan Sri dapat membuktikan beliau mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan.

Tan Sri Mahyuddin Yassin Presiden Parti Peribumi Bersatu akan membentuk kerajaan dengan Gabungan Parti daripada Parti BN, PAS, dan Wakil Bebas akan dinamakan sebagai Perikatan Nasional.

Dengan perlantikan ini, serpihan sokongan Ahli Parlimen kepada Tun Dr Mahathir dijangka akan mengusulkan undi tidak perdaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sidang Parlimen yang akan berlangsung pada 9 Mac 2020. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373