PH Kedah Sokong Mukhriz sebagai Menteri Besar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KEDAH, 27 Feb 2020 (The Capital Post) – Sebentar tadi Dato Sri Mukhriz Mahathir mengumumkan bahawa beliau kekal sebagai Menteri Kesar Kedah setelah mendapat sokong Parti Pakatan Harapan untuk kekal bersama dalam kerajaan Negeri Kedah.

Dato Sri Mukhriz Mahathir yang telah menghadap Sultan Kedah pada pagi tadi telah mempersembahkan warkah sokongan wakil rakyat yang menyokong kepimpinan beliau. Pihak The Capital Post difahamkan Dato Seri Mukhriz Mahathir mendapat sokongan 19 Adun Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) .

Berikutan dengan cukup majoriti untuk Dato Sri Mukhriz memimpin, Sultan Kedah telah memperkenan Dato Sri Mukhriz kekal sebagai Menteri Kedah sehingga ada pengumuman dari parti masing – masing. “Oleh demikian, segala urusan pentadbiran Negeri Kedah akan berjalan seperti biasa, termasuk dengan ahli – ahli majlis, JKK dan sebagainya berjalan sepeti biasa” tambah beliau.

Menteri Besar Kedah tersebut memaklumkan bahawa kerjasama ini hanya termaktub untuk Negeri Kedah sahaja manakala pada peringkat persekutuan Dato Seri melepaskan kepada pemimpin pada peringkat tertinggi untuk membuat keputusan. Beliau mengumumkan dalam satu sidang media khas yang berlangsung pada 12tengahari tadi.- The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373