Semua Parti Politik Tiada Angka Majoriti – Sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Feb 2020 (The Capital Post) – Semua gabungan parti politik di Malaysia tidak mempunyai jumlah wakil rakyat yang mutlak untuk membolehkan penubuhan kerajaan persekutuan menurut sumber dari dua pihak.

Perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir petang tadi tidak memberikan impak namun perletakan jawatan beliau daripada Parti PPBM telah memberi kesan yang tinggi berikutan beberapa wakil rakyat yang setia kepada tun, menyertai beliau.  Ianya berikutan ketidak sediaan Tun Mahathir untuk menyokong UMNO oleh demikian ini menyebabkan Tun dan 6 lagi Wakil Rakyat PPBM kemungkinan besar tidak akan menyokong keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berkerja sama dengan UMNO dan PAS untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Manakala Parti PKR, DAP dan PAN yang mempunyai 100 lebih kerusi dan jika Tun Mahathir bersetuju untuk menyokong parti pakatan Harapan maka Parti Warisan yang mempunyai 9 orang wakil rakyat akan turut menyokong PKR membolehkan Parti PH mempunyai 112 wakil, majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Dari segi Gabungan Parti politik PPBM, BN, PAS, GPS dan Wakil Rakyat bebas yang diketuai oleh Azmin Ali dikatakan hanya mampu mendapat sokong sebanyak 110 sokongan wakil rakyat. Jika situasi ini berlaku, ini tidak akan mempunyai kestabilan politik dan Pilihan Raya Umum – 15 boleh dipanggil untuk membolehkan mandat diberikan kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373