Tiada tindakan disiplin terhadap doktor sertai protes

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap semua doktor kontrak yang menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak semalam.

Katanya, semua doktor kontrak yang menyertai perhimpunan berhak melakukan tindakan sedemikian.

“Berkaitan doktor kontrak (yang menyertai hartal), mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

“Tiada tindakan akan dikenakan ke atas mereka walaupun mereka keluar untuk demonstrasi. Kita tidak akan ambil tindakan, mereka berhak menyertai perhimpunan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung sesi penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373