Tiga terbunuh, tujuh cedera ditikam dalam pasar raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Tiga dilaporkan mati sementara tujuh lagi cedera ditikam dalam pasar raya di luar bandar, tenggara China, semalam.

Pihak berkuasa polis berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun ditangkap sejurus selepas kejadian yang berlaku lewat kelmarin di wilayah Fujian.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, senjata yang digunakan tidak dinyatakan.

Mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.

Serangan itu berlaku selepas kejadian 39 murid dan kakitangan sekolah cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah rendah di luar bandar terletak di wilayah Guangxi.

Penyerang itu dilaporkan seorang pengawal keselamatan sekolah dan sudah ditangkap.

Keganasan menggunakan pisau adalah bukan sesuatu jarang berlaku, di mana senjata api dikawal ketat, merekodkan beberapa siri serangan di sekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373