Trump Presiden AS ketiga mungkin dipecat

Estimate Reading Time: 2 minutes

WASHINGTON- Presiden Donald Trump pada Rabu muncul ketua eksekutif ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang akan dipecat berdasarkan undian di Dewan Perwakilan pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu.

Pemimpin itu berdepan dua pendakwaan – penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres – kertas pendakwaan akan dihantar ke Senat, untuk dibicara.

Hanya dua wakil Demokrat menyertai seluruh anggota Republikan menentang usul penyalahgunaan kuasa menerusi undian 230-197 itu.

Usul menghalang Kongres menyaksikan tiga Demokrat menentang pada undian kedua yang menyaksikan 229 menyokong dan 198 menolak.

Selepas undian menyalahgunakan kuasa Ahli Kongres, Jared Golden menyertai Jeff Van Drew dan Collin Paterson menentang usul pendakwaan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Capitol sejurus selepas pengundian, Speaker Dewan Nancy Pelosi berkata ia adalah “hari yang penting untuk Perlembagaan Amerika Syarikat; juga hari menyedihkan bagi Amerika akibat tindakan melulu presiden.”

Siasatan pemecatan itu berkisar kepada tindakan Trump yang berulang kali meminta Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky membuka kertas siasatan terhadap calon Parti Demokrat Joe Biden dan anak lelakinya, Hunter serta dakwaan bahawa Ukraine adalah negara yang campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016, bukannya Rusia.

Turut menjadi isu ialah penangguhan bantuan ketenteraan sebanyak US$400 juta kepada Ukraine di peringkat kongres dan sama ada Trump telah memberi syarat untuk meluluskan bantuan itu serta kemungkinan terdapat mesyuarat Pejabat Oval dengan Zelensky berhubung tindakan presiden Ukraine itu yang mengumumkan siasatan tersebut (terhadap Biden dan anaknya) secara terbuka.

Rumah Putih berkata proses pemecatan itu sebagai “palsu” dan “satu episod politik paling memalukan dalam sejarah negara.”

“Tanpa menerima satu undi daripada Parti Republikan dan tanpa memberikan sebarang bukti mengenai salah laku itu, Demokrat terus berusaha mengetengahkan artikel yang dianggap tidak sah berhubung dakwaan terhadap Presiden melalui Dewan Perwakilan,” kata jurucakap Stephanie Grisham.

“Demokrat telah memilih untuk meneruskan dasar partisan ini walaupun Presiden tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Ketika berucap di hadapan penyokongnya di Michigan, Trump menuduh Demokrat mempunyai agenda pendakwaan “murahan”, “siapa pun yang menjadi presiden, mereka akan mendapat panggilan telefon dan kemudian mereka didakwa.”

“Perwakilan Demokrat menunjukkan suara majoriti, maruah dan reputasi mereka, tetapi mereka kelihatan seperti sekumpulan orang bodoh,” katanya.

Dengan lulusnya kedua-dua artikel di Dewan yang dikuasai Demokrat, ia kemudian akan diserahkan kepada Senat untuk perbicaraan, di mana Parti Republik dijangka membebaskan presiden daripada kesalahan salah laku. Majoriti dua pertiga diperlukan untuk memecat Trump.

Sebelum ini, dewan pernah mengundi sebanyak dua kali untuk artikel pemecatan terhadap presiden. Presiden Andrew Johnson (1868) dan Bill Clinton (1998) dibebaskan dalam perbicaraan Senat manakala Trump muncul presiden ketiga akan dibicarakan.

Sementara itu, Richard Nixon meletak jawatan dari tahun 1974 untuk mengelakkan penyingkirannya akibat skandal Watergate.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373