WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_doing_cron', '1716340962.7986650466918945312500', 'yes') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

Tuanku Muhriz berkenan sempurna Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat » The Capital Post

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_19834', '1716341564', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_19834', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

Tuanku Muhriz berkenan sempurna Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA PILAH, 16 Mac  — Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-73 baginda pada 14 Jan lepas.

Baginda tiba di Istana Besar Seri Menanti, di sini pada 10.40 pagi dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tidak seperti kebiasaan sebelum ini, istiadat kali ini dibuat khusus kepada hanya 12 penerima yang membawa gelaran Datuk dan bermastautin di Negeri Sembilan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Antara penerima pada hari ini ialah Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir dan Exco Pembangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad yang menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) membawa gelaran Datuk.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah Yek Diew Ching dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, baginda dalam titahnya mengingatkan para penerima bahawa kurniaan itu merupakan pengiktirafan yang perlu sentiasa dipelihara kerana ia sangat berkait rapat dengan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Setiap penerima juga mempunyai amanah untuk menjaga kemuliaan dan pengiktirafan yang dikurniakan dengan memastikan tata susila, tingkah laku dan keperibadian masing-masing sentiasa terpelihara,” titah baginda.

Tuanku Muhriz turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kesemua penerima darjah kebesaran pada kali ini yang dikurniakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat, jasa dan bakti yang telah diberikan kepada baginda dan Negeri Sembilan khususnya serta Malaysia secara amnya.

Pada 14 Jan lepas, seramai 272 penerima dianugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-73 baginda didahului Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 14 Jan lepas bagaimanapun dibatalkan susulan titah Tuanku Muhriz selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu bagi mengawal penularan COVID-19.

— BERNAMA

Comments (

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_19834', '1716341564', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_19834', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373