Undang-undang lebih keras diseru selepas kumpulan sembang lucah terbongkar

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Beberapa aktivis menyeru undang-undang terhadap gangguan seksual diperkuatkan susulan pembongkaran sebuah kumpulan sembang di aplikasi Telegram yang menyebarkan gambar wanita dan kanak-kanak tanpa kebenaran.

Empat wanita membuat laporan polis terhadap kumpulan itu. Mereka antara yang menjadi mangsa gambar disebar dalam kumpulan itu.

Sheena Gurbakhash, presiden Persatuan Peguam Wanita, berkata Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi kes seperti itu tetapi menyeru undang-undang dijadikan lebih khusus.

“Kita tak ada undang-undang yang cukup kuat untuk secara khusus menangani masalah gangguan seksual atau buli siber,” katanya.

Mengenai kumpulan sembang bermasalah itu, Sheena berkata: “Mereka mengaibkan dan merosakkan mangsa, yang kebanyakannya tidak tahu gambar mereka diedarkan dan diulas oleh ribuan orang yang mereka tak kenal.”

Katanya, mangsa juga harus diberi sokongan lebih baik dalam bentuk khidmat kaunseliMengenai kumpulan sembang bermasalah itu, Sheena berkata: “Mereka mengaibkan dan merosakkan mangsa, yang kebanyakannya tidak tahu gambar mereka diedarkan dan diulas oleh ribuan orang yang mereka tak kenal.”

Katanya, mangsa juga harus diberi sokongan lebih baik dalam bentuk khidmat kaunseling kerana trauma jenayah itu. Tambahnya, persatuan beliau terus berkempen untuk undang-undang terhadap gangguan seksual dan buli siber.

“Kita diberitahu Akta Gangguan Seksual akan dibentangkan akhir tahun ini. Kita sangat berharap undang-undang ini akan dibentangkan dan diluluskan kali ini.”

Sementara itu, Nisha Sabanayagam, pengurus program dan operasi Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam), bersetuju undang-undang baharu sangat diperlukan.ng kerana trauma jenayah itu. Tambahnya, persatuan beliau terus berkempen untuk undang-undang terhadap gangguan seksual dan buli siber.

“Kita diberitahu Akta Gangguan Seksual akan dibentangkan akhir tahun ini. Kita sangat berharap undang-undang ini akan dibentangkan dan diluluskan kali ini.”

Sementara itu, Nisha Sabanayagam, pengurus program dan operasi Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam), bersetuju undang-undang baharu sangat diperlukan. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373