Urusan Bumiputera akan diletak di bawah JPM, kata Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa hal ehwal membabitkan golongan Bumiputera akan diletakkan di bawah pengendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM), selepas berkata, golongan itu masih ketinggalan berbanding kaum lain.

Muhyididin berkata, golongan Bumiputera tidak boleh lagi berada di takuk lama dan perlu mengharungi norma baru, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar susulan wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Kita mesti sedar bahawa mahu tidak mahu kaum Bumiputera mesti bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi dunia terkini.

“Ini termasuklah merangka dan mewujudkan ekosistem Bumiputera lebih positif, berdaya saing dan kompetitif dalam arus teknologi yang berkembang pesat,” katanya pada Kongres Ekonomi Bumiputera di sini, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin memberi jaminan akan meneliti setiap 13 resolusi yang dikemukakan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2020, antaranya untuk memperkasa masyarakat Orang Asli, supaya setara dengan orang Melayu dan lain-lain. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373