Wanita, anak 7 tahun ditemukan maut dalam kolam

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAWAU: Seorang wanita bersama anaknya yang berusia tujuh tahun ditemukan maut dipercayai lemas di dalam sebuah kolam berhampiran rumah mereka di Kampung Nasib Kita, dekat sini, semalam.

Penduduk kampung menjumpai dua beranak termasuk ibu dalam lingkungan umur 40-an itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menentukan sama ada kes itu membabitkan unsur jenayah atau tidak.

“Selepas keputusan diperoleh, pihak polis akan mengklasifikasikan kes itu sama ada sebagai mati mengejut (SDR) atau kes bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, lewat malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dua rakaman video masing-masing berdurasi 25 saat dan 37 saat berkait kejadian itu tular dalam media sosial.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373