Wanita didenda RM5,000 kerana melacur

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Dua wanita masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini.

Dua tertuduh yang masing-masing berusia 25 dan 29 tahun itu turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas dua tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Batu Buruk, di sini, antara jam 9 malam dan 10.30 malam pada 30 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh mereka boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Wanita itu ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hasil serbuan jam 10.30 malam.- BHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373