Wanita ditahan bantu siasatan kes dera remaja

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa melecur teruk pada bahagian dada, tangan, leher dan paha selain terdapat kesan luka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Saiful Annuar Yusof berkata, mangsa yang dihantar menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut disahkan positif Covid-19.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang menetap di kondominium terbabit sejak 14 Julai tahun lalu.

“Siasatan turut mendapati unit kondominium itu turut dihuni enam kanak-kanak tetapi tiada kesan kecederaan dilihat pada badan mereka,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia menerusi kenyataan dikeluarkan.

Saiful Annuar berkata, rumah terbabit dijaga oleh seorang wanita berusia 28 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Semua saksi yang terbabit disahkan positif Covid-19 dan polis akan meneruskan siasatan sebaik mereka selesai menjalani kuarantin ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya lagi.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373