Wanita maut SUV terhumban bawah jambatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAPAH: Seorang wanita maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki bersama ibu bapanya, terhumban ke bawah jambatan di Kilometer 313.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 2 petang, V K Yuvabarathi, 24, yang duduk di bahagian penumpang belakang SUV jenis Proton X70 itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapa mangsa yang memandu SUV terbabit, V V Kunalan, 59, cedera di bahagian dada, manakala ibunya, M Nirmala Devi, 56, yang duduk di bahagian penumpang hadapan pula parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kedah.

Setiba di tempat kejadian, katanya, SUV itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi pengadang jalan di sebelah kiri sebelum terhumban ke bawah jambatan.

Akibatnya, beliau berkata, pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian dada, manakala isterinya parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

“Yuvabarathi yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, pula disahkan meninggal dunia jam 3.35 petang ketika mendapat rawatan di HRPB,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan SUV terbabit rosak keseluruhan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373