Wanita rugi RM18,600 diperdaya Macau Scam

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA: Seorang wanita rugi RM18,600 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, 6 Januari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Melaka, Superintedan E Sundra Rajan berkata, wanita itu mulanya dihubungi lelaki mendakwa ‘pegawai Pos Malaysia’ yang mendakwa mangsa cuba menghantar kad pengenalan dan kad ATM ke Seremban.

“Bagaimanapun, mangsa menafikan berbuat demikian sebelum panggilan disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Seremban.

“Suspek yang menyamar sebagai pegawai polis pula mendakwa mangsa terbabit dengan kes dadah dan pengubahan wang haram selain terdapat waran tangkap terhadapnya,” katanya.

Katanya, mangsa yang panik dan takut, kemudiannya membuat empat transaksi ke dalam dua akaun berbeza pada 6 Januari lalu dengan jumlah keseluruhan RM18,600.

Mangsa mula merasa tertipu apabila suspek masih meminta wang daripadanya sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373