Yusoff Rawther selesai jalani ujian poligraf bantu lengkapkan siasatan polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Muhammed Yusoff Rawther selesai menjalani ujian poligraf setelah lebih empat jam berada di Bukit Aman untuk membantu siasatan kes dakwaan cabul oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Okt tahun lepas.

Tinjauan Bernama di Bukit Aman mendapati Muhammed Yusoff yang sebelum itu tiba pada 3 petang dilihat meninggalkan Bukit Aman pada 8.40 malam ini.

Peguamnya Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pihaknya berpuas hati dengan ujian yang dikendalikan oleh tiga pegawai polis bermula pada kira-kira 4.30 petang dan berakhir 8.30 malam ini.

“Hasil laporan ujian itu diserahkan kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes itu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Bukit Aman malam ini.

Pada November lepas, Muhammed Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar, namun dinafikan oleh presiden PKR itu yang mendakwa beliau sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan dan telah memanggil Muhammed Yusof dan Anwar untuk memberi keterangan berhubung kes itu.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373