Zahid kuarantin diri tunggu keputusan saringan COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini menjalani kuarantin diri di kediamannya selepas beberapa pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19.

Beliau memaklumkan baru selesai menjalani saringan COVID-19 di Hospital Avisena, Shah Alam, kira-kita jam 11 pagi tadi.

“Buat sementara waktu ini, saya kuarantinkan diri di rumah. Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak COVID-19,” katanya menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.

Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, beberapa hari lalu.

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Berhad hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin dirumahnya.

Selain Tajuddin, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz juga dilaporkan positif dan sedang menjalani kuarantin diri di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan juga, beberapa pemimpin UMNO yang hadir ke ibu pejabat parti itu sebelum ini juga diminta untuk menjalani ujian saringan.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373