Bas UTM terbakar, enam penuntut, pemandu bas selamat

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terbakar di kampus berkenaan pagi tadi, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar mahu pun staf.

-Advertisement-

UTM melalui kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di perhentian bas Jalan Lingkaran Ilmu, berhadapan Blok P19a, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Kampus UTM Johor Bahru.

-Advertisement-

“Pihak bomba tiba dengan pantas dan memadamkan kebakaran dengan segera,” katanya menegaskan UTM memandang serius dan sentiasa komited memastikan tahap keselamatan tertinggi di seluruh kampus.

Tambahnya, siasatan dalaman dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta meneliti langkah pencegahan dan penambahbaikan untuk mengelakkan insiden seumpama itu berulang.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan 1 Kamarulzaman Salleh berkata, ketika kejadian bas sedang bergerak dan terdapat enam penuntut di dalamnya.
Katanya, pemandu bas terdengar letupan di bahagian belakang sebelah kanan sebelum mendapati tayar belakang sebelah kanan terbakar.
“Pemandu cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya sebelum meminta bantuan pihak bomba,” katanya.
-Beritaharian