KUALA LUMPUR: Pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan mobiliti sosial akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2021, demikian menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
-Advertisement-
Beliau berkata, Belanjawan 2021 akan dirangka merentasi empat tema utama dengan semuanya berpusat kepada pewujudan kerajaan yang lebih baik.
-Advertisement-
“Tema ini termasuk pedulikan rakyat, memacu ekonomi, kehidupan mampan dan menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2020, di sini, hari ini.
-BH