WASHINGTON: Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Syarikat, iaitu negara dengan kematian paling banyak dalam wabak itu meningkat 2,751 dalam tempoh 24 jam, menurut laporan terbaharu dari Universiti Johns Hopkins, semalam.
-Advertisement-
AS mencatatkan lebih daripada 800,000 kes COVID-19 yang disahkan sejak bermulanya wabak ini, menurut universiti itu yang berpusat di Baltimore, dengan 44,845 kematian.
-Advertisement-
Hampir 40,000 kes baharu dilaporkan pada Isnin, kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan, kata universiti itu. – AFP