DBKL gempur premis ganggu laluan awam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi mengalihkan halangan di empat premis perniagaan di sekitar Kepong, Rabu lalu.

-Advertisement-

DBKL dalam kenyataannya berkata operasi ini dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Kepong.

“Empat premis telah dikenakan tindakan pindah halangan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan meletakkan barangan yang berkaitan dengan perniagaan di tempat awam.

-Advertisement-

Semua barangan yang diambil tindakan pindah halangan telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan itu.

DBKL turut berkata, tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti akan dilakukan secara berterusan.

-BeritaHarian