DBKL keluar 338 kompaun pelbagai kesalahan terhadap kenderaan di Bukit Bintang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 338 kompaun dikeluarkan kepada kenderaan di sekitar Bukit Bintang atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi sahabat, kelmarin.

-Advertisement-

Operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 338 notis kompaun telah dikeluarkan kepada kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalu lintas 1959.

-Advertisement-

“Sebanyak lapan tindakan tunda telah dilaksanakan. Kesemua kenderaan yang ditunda telah dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur,” kata DBKL dalam kenyataan di Facebook.

-BeritaHarian