DPMM FC belum tebus kontrak Akhyar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana pasukan dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026.

-Advertisement-

Situasi ini menyaksikan pemain kelahiran Kedah yang baru menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon, Eyka Farhana bulan lalu hampir pasti kekal beraksi bersama skuad Penyu.

Terdahulu pemain Harimau Malaya itu dikatakan sedang diburu pendatang baharu Liga M, DPMM FC bagi memperkuatkan lagi pasukan itu sekali gus meresahkan peminat.

-Advertisement-

Difahamkan kelab dari Brunei itu sebelum ini mahu menebus kontrak pemain berkenaan memandangkan kontraknya bersama TFC akan berakhir pada 2027.