WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30605) ORDER BY meta_id ASC

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di sini, dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Hospital Pasir Gudang, yang kini dalam pembinaan, telah pun siap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2024.

Bagi Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) pula, Khairy berkata ia akan diumumkan secara rasmi pada Belanjawan 2023, yang akan dibentangkan pada 28 Oktober ini.

“Jadi, dengan kedua-dua hospital yang baharu ini, Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dan HSA 2, kami akan tambah lebih 700 katil baharu untuk kawasan bandar raya Johor Bahru dan kawasan berhampiran.

“Ini akan dapat mengurangkan kesesakan di hospital sedia ada terutamanya HSA dan yang lebih penting lagi, akan dapat menampung keperluan kawasan bandar raya Johor Bahru yang sangat padat ini,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor di Bandar Dato Onn, di sini hari ini.

-Advertisement-

Khairy berkata terdapat dua juta orang dianggarkan tinggal di Johor Bahru dan angka itu tidak termasuk mereka yang datang dari daerah-daerah lain yang mahu menggunakan khidmat doktor pakar di bandar raya itu.

“Jadi kes-kes di negeri Johor, yang dari daerah lain akan dirujuk ke Johor Bahru kecuali yang berada di utara, jadi kita perlukan pelaburan ini untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di negeri ini.

“Kini lebih kurang 90 peratus tahap penggunaan (katil) di HSA dan HSI. (Kadar penggunaan) ini adalah agak tinggi untuk hospital awam,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC