WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (23363) ORDER BY meta_id ASC

Dua wanita rugi RM100,000 ditipu Macau Scam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dua wanita rugi RM100,000 ditipu Macau Scam

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON: Dua wanita kerugian hampir RM100,000 akibat menjadi mangsa Macau Scam di sini kelmarin.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima dua laporan daripada dua wanita mendakwa dihubungi individu sebagai pegawai Telekom Malaysia Berhad (TM).

Katanya, mangsa pertama adalah wanita berusia 34 tahun bekerja sebagai kerani jualan menerima panggilan pegawai TM memaklumkan terdapat penggunaan internet secara curi atas nama mangsa di sebuah premis di Seremban.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang pegawai polis berpangkat ‘Asisten Komisioner’ dan bergelar ‘Datuk’ dikenali sebagai Fazliy dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Mangsa kemudiannya diminta menyerahkan butiran perbankan dalam talian dan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) diterima untuk tujuan semakan Bank Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi Shah berkata, mangsa juga diminta memasukkan wang sebanyak RM20,000 yang dikatakan milik juruaudit Bank Negara.

“Selepas itu, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati berlaku transaksi pindahan wang ke dalam satu akaun sebanyak RM19,998 dan mangsa mendakwa kerugian RM39,998,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kedua wanita berusia 26 tahun bekerja sebagai pembantu akauntan.

-Advertisement-

“Mangsa juga menerima panggilan hampir sama dengan mangsa pertama tetapi mendakwa terdapat pendaftaran Unifi menggunakan butiran diri mangsa.

“Panggilan ini juga dikatakan disambungkan kepada IPD Seremban dan mangsa dimaklumkan terbabit dengan kes judi haram serta namanya juga disenarai hitam.

“Mangsa yang cemas menyerahkan maklumat perbankan dalam talian miliknya, bapa serta neneknya untuk tujuan membersihkan nama,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, mangsa juga diarahkan menyerahkan nombor ‘one time passcode’ (OTP) yang diterima.

“Selepas membuat semakan akaun, mangsa mendapati berlaku pindahan wang dalam sembilan transaksi ke dalam akaun yang belum dikenal pasti sebanyak RM56,300.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC