KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 2.17 pagi Rabu.
-Advertisement-
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 394 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 19 km.
-Advertisement-
Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
– Bernama