KUALA LUMPUR: Hari akhir bagi orang ramai untuk mengemukakan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah Ahad ini.
-Advertisement-
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDN atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my.
Kenyataan itu berkata, pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.
-Advertisement-
Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN
-BH