KUALA LUMPUR: Rasa cinta mendalam terhadap Malaysia jelas menjadi ‘magnet’ buat tiga pemain berdarah warisan baharu negara yang membuatkan mereka memilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya.
-Advertisement-
Perasaan itu diakui penyerang yang beraksi bersama America de Cali, Rodrigo Holgado yang menyifatkan dia begitu teruja mewakili Malaysia yang membawa makna yang besar kepada dirinya.
“Sejak tiba di sini, saya jatuh cinta dengan suasana dan negara ini. Sekarang saya mula faham apa maknanya bermain untuk Malaysia dan saya sedia berikan segala-galanya,” kata pemain berusia 29 tahun itu.
Sementara itu, Joao Figueiredo juga menyatakan hasratnya untuk melangkah lebih jauh bersama skuad kebangsaan di pentas Asia.
“Secara peribadi, musim ini amat bermakna bagi saya. Kini, dapat mewakili Malaysia serta berkongsi impian ini bersama anda semua untuk melangkah lebih jauh di peringkat Asia dan dunia.
“Ini benar-benar satu penghormatan dan saya tak sabar merasai sokongan dan kasih sayang daripada penyokong. Ia sesuatu yang unik dan luar biasa,” kata Figueiredo.
-Advertisement-
Jon Irazabal pula menggambarkan peluang mewakili skuad bimbingan Peter Cklamovksi sebagai satu detik yang cukup unik.
“Saya sudah memilih Malaysia kerana saya percaya di sinilah tanggungjawab kebangsaan saya sebenarnya berada.
“Saya sudah mula merasai sendiri betapa istimewa dan uniknya bermain untuk Malaysia,” katanya.
Holgado, Figueiredo, Irazabal dan Imanol Machuca menyertai seorang lagi pemain berdarah warisan yang beraksi bersama Deportivo Alaves, Facundo Garces.
Skuad negara setakat ini memiliki tujuh pemain berdarah warisan baharu termasuk Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang diperkenalkan Mac lalu.
-BeritaHarian